
Rangkanya sudah kususun namun kata-katanya belum benar benar lunas. Tentang Sang mentari yang tergelincir di hujung senja, di hujung laut hilang di sempadan lautan jatuh entah ke mana?

Lucu juga bila sesekali aku mengubah status Instant Messaging ku, ianya jadi bahan berbalas-balas tanya pula.
Terbaru, avatar nya kutukarkan kepada gambar Sita Dewi dalam bentuk bayangan wayang kulit lalu kunamakan status ku "Bila Sita Dewi Berlagu, Seri Rama Bergaru".
Tidakpun lama, bertalu-talu rakan-rakan mula bertanya: a) Si Sita menyanyi lagu apa?, b) Kenapa Si Sita perlu menyanyi?, c) Bagaimana lagu si Sita membuatkan Seri Rama gatal-gatal?, d) Apa jadi dengan si Seri Rama akhirnya? ....dan pelbagai lagi. Jawapan aku pelbagai dan mungkin berbeza-beza mengikut si penanya.
Jawabku sekali; Sita menyanyi lagu Iwan: "Memori Daun Keladi" [memomok lagu "Memori Daun Pisang"] dan kerana itu lagu itu "gatal-gatal" lalu terpalit ke Seri Rama.
Jawabku lagi; Sita menyanyi lagu "Langgam Pak Dogol" oleh M.Nasir; kerana itu Seri Rama yang sedang berperang "tergaru-garu" hatinya rindukan si Sita nan jauh.
Jawabku yang lain; Bila Seri Rama sudah mintak digaru (kerana gatal), manalah ada penawar lain selain tetap "digaru"..itu metafora mudah sebetulnya. Yang gatal harus digaru-garu.
Apapun, begitulah indahnya seloka di dalam bahasa. Kias yang mudah boleh membawa 1001 tafsir dan tamsil. Baik mengusik, berseloroh, menyindir, memberi isyarat..semuanya tiba-tiba jadi indah dan membawa senyuman. Terima kasih Sita!
Lalu kubiarkan Sita terus berlagu..."Rindu menikan dek cinta Sita, Hilang resah hilang sisa Amarah, Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya, Ajak menung di bawah panji Milwana, Apa tersemat di sebalik perintah..."
[nota gambar: usikanku buat seorang teman di pejabat]
While compiling a material for a friend who wishes to thank her father, I stumbled upon this "never-before-heard" song from YouTube. Simply titled "Little Child", it signify how a daughter (a child) is with 1001 questions and they see the world with true eyes.
The father tried to answer them with the best truest answers....and we don't have all the perfect answer. It is sad when we have to hide some disheartening facts just to protect them from the bitter reality....while a child start to learn that the world is all unjust and cruel.
The compilation is ready but it suddenly becomes a very sad affairs.
KARAT: "Everyone must have been somebody's loved one once"Kesungguhan menuntut ilmu diseimbangkannya dengan aktiviti ko-kurikulum. Merupakan di antara anggota Jawatankuasa Eksekutif Majlis Perwakilan Pelajar TWINTECH memegang Portfolio Kebudayaan & kesenian, mengepalai pelbagai aktiviti gergasi anjuran Persatuan Quantity Surveying Faculty termasuk IUCTT Family Day, Kempen mengumpul bantuan Buat Gaza, Sambutan Isra’ Mikraj peringkat Universiti, Kunjungan ke Kompleks Penyayang Bakti Bandar Sri Damansara, Superfriends : Manifestasi bakat music TWINTECH serta banyak lagi.
Beliau yang cenderung dan berbakat seni music pernah bergiat menyertai Battle of the Bands Sabah Open, Celcom battle of the Bands, Sabah dengan pencapaian terbaik mendapat tempat ke-dua bagi keseluruhan Sabah. Selain itu, beliau turut giat menyertai pelbagai “gig” di sekitar aktiviti anjuran TWINTECH malah juga di Sabah.
