Saturday, June 26, 2010


"Nak Woody and Buzz"...begitu ulang anakku setiap kali sessi "shopping" di hujung minggu. Tanpa diketahuinya, aku dan isteri sudah menyelinap menonton "franchise" ke-3 Toy Story itu pada hari pertama ditayangkan di Malaysia.
Aku punyai tabiat "gila" berkejar menjadi antara orang pertama di Malaysia menonton sesuatu cerita baru. Dulu, ketika REX di Jalan Pudu masih ada, aku dan isteri pasti ada untuk apa-apa "matinee show". REX punyai sistem bunyi terbaik ketika itu. Bila peluru tersasar dalam filem "Dances with Wolves", bunyinya berlegas seperti pintas di belakang telinga. Begitu juga bila "Forrest Gump" berlari meredah hujan peluru mencari "Bubba"nya, peluru itu seperti tembus di cuping telinga.
"Apa la galakkan anak-anak kumpul toys macam tu?" rungut seorang rakan pejabat bila aku bercerita tentang "kegilaan" anakku itu. Aku akan segera membetulkan "first and foremost, it is "Action Figure"...bukan ordinary toys". Semua perincian action figure tepat sebagaimana watak asal. Bukan sekadar mainan biasa yang banyak terjual di mana-mana.
Action Figure membawa kita mengabadikan "scene" kesayangan kita bagi apa juga filem yang kita kagumi. Anakku meniru aksi "horse-riding" Woody di belakang Andy pertama bila "Woody"nya dikeluarkan dari kotak pembungkusnya. Anak perempuan ku pula sibuk mahu menuliskan namanya di boot kanan Jessee. Buzz pula dikerjakan dengan laser beam di tangannya. Ia membawa mereka, kita dan aku lari dari alam penuh kerungsingan ini dan berhenti dalam "scene" yang penuh makna itu. Itulah harga "action figure" yang dikumpul.
Bisik aku pada isteri "sponsor tie-fighter Clone War (Star Wars) ni" sambil aku sedia memegang pesawat pejuang Anakin Skywalker dalam EPISODE II Star Wars. Di kotak akal, aku sudahpun diangkasa (in a galaxy far far away) bersama ARTOO mempertahankan Queen Amidala ku...

2 comments:

  1. hmmm.. pelik anak kau tu.
    Sebetulnya, ketika anak kau meniru aksi "horse-riding" itu .. Yang menjadi mangsa 'kuda' sebetulnya bapanya(aka. kau sendiri). kekekekeke..

    ReplyDelete
  2. Adapun anakandaku itu mempunyai kemampatan mencecah 40 kilo. Maka sudah barangpasti aku akan jadi "Play-Doh" tatkala aku di"horse-ride" kan...sekian adanya...

    ReplyDelete